Tuesday, November 24, 2015
Buah anggur makin berisi
Inilah rupanya cik anggur kita selepas sebulan. Nampak semakin membesar buahnya. Agaknya buah kali ni dapat membesar lebih lagi dari yang musim lepas. Untuk pengetahuan semua , ini adalah buah kali kedua..sebelum ini buahnya agak kecil jika dibandingkan dengan buah anggur yang kita beli kat pasar.Rasanya pula agak manis jika ia cukup masak. Actually baru pindahkan pokok anggur ni dari rumah lama ke tempat baru, semasa sessi pemindahan akar pokok anggur ni telah keluar dari pasu..so waktu angkat pasu tu akarnya dah putus ..so takut pulak akan menjejaskan pembesaran buahnya..kita tunggu dan lihat macam mana nanti kay.
Thursday, November 5, 2015
Gugusan putik anggur
Inilah hasil dari bunga anggur yang berkembang hari tu.Gugusan putik anggur ni agak banyak jika nak dibandingkan dengan yang sebelum ni...Alhamdulillah perkembangan yang positif. So sekarang ni waktu untuk memupuk kasih sayang pada putik anggur ni hi..hi.. Yerlah nak tunggu dia masak ranum tu rasanya punyalah lama. Harap -harap kali ni buahnya menjadi besar dan manis . Insyaallah. .semuanya dengan izin Allah...
Subscribe to:
Comments (Atom)

