Friday, October 30, 2015

Bunga anggur berkembang

Tengok tu bunga anggur mula berkembang.. Sekarang ni tiap -tiap petang boleh dikatakn selalu hujan..Kita tengoklah apa kesudahan perkembangan bunga anggur ni samaada boleh bertukar menjadi putik anggur atau tak..Suspen jugak ...Yerlah takut-takut hujan lebat boleh menyebabkan bunga anggur tak lekat.

Monday, October 26, 2015

Pokok Apple Malaysia


Pagi ni kerjanya membelek -belek pokok Apple yang telah di tanam melalui biji . Kalau tak silap saya yang ini adalah pokok apple hijau yang dibeli di pasar malam. Sapa kata pokok apple tak boleh hidup dalam cuaca kat Malaysia ni. Ha !..sekarang dah boleh percaya. Cuma tak taulah boleh berbuah tak 😊😊. Janji boleh hidup. Di sebelah tepi tu saya cuba juga tunaskan biji pear. Dan berjaya hidup juga. Tapi pembesarannya agak lambat jika dibandingkan dengan cik apple hijau tu. Mayb kena transfer kat pasu lain sekarang.

Thursday, October 22, 2015

Pokok mulberi

Tu dia pokok mulberi yang sedang berbuah lebat. Buah mulberi ni kalau warnanya still merah rasanya masih masam. Tapi kalau bertukar menjadi warna purple pekat masa itulah rasanya makin manis. Actually pokok ni saya beli melalui pos .Alhamdulillah melalui keratan batang pokok mulberi senang sangat hidup. Jadi kalau sesiapa yang nak mencuba tanam pokok ni memang takkan ada masalah. Lagi satu pokok mulberi ni kalau  nak dia berbuah lebat kena rajin -rajinlah mencantas dahannya.

Tuesday, October 20, 2015

Minggu Final Exam SJKC



Minggu ni adalah minggu final exam bagi dua beradik ni di sekolah Sjkc. Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Moga anak mama dapat menjawab dengan  confident kay. Semoga semua ilmu yang dipelajari akan memberi manfaat yang besar untuk kehidupan masa akan datang. Sesungguhnya cabaran bersekolah di aliran Cina banyak mengajar mama dan papa tentang pengorbanan masa dan tenaga. Bak kata pepatah bersusah -susah dahulu bersenang-senang kemudian. Minggu depan 25 hb Pula minggu peperiksaan untuk Sekolah Agama di seluruh negeri Johor pula. Mama doakan moga anak -anak mama dapat menjawab dengan lancar.  Insyaallah. ...

Sunday, October 18, 2015

Bunga Anggur


Pokok anggur mula mengeluarkan bunga..Nampaknya percubaan kali kedua prunning lebih banyak bunga anggur keluar jika dibandingkan sebelum ini. Harap -harap lekat lah bunganya hingga menjadi putik..

Thursday, October 15, 2015

Pokok anggur musim kedua tahun ini.



Prunning anggur buat kali kedua . Nampaknya tunas- tunas baru mula tumbuh. Kali ni kelihatan bunga anggur lebih banyak. Harapnya badge kali kedua ni akan lebih stabil bunganya dan dapat menghasilkan buah yang lebih banyak dan lebih besar .Insyaallah. ..

Wednesday, October 14, 2015

Pokok Lemon

Untuk rekod sendiri , pokok yang di tanam akhirnya berjaya tumbuh tapi tak taulah boleh membesar setakat mana. Actually pokok lemon ni ditanam menggunakan biji benih.. Lepas kena makan dengan cik U daunnya bertambah subur pulak..

Persimmon atau pun pisang kaki

                                        



Anak pokok pisang kaki yang cuba -cuba tanam hidup pula.