Tuesday, November 24, 2015
Buah anggur makin berisi
Inilah rupanya cik anggur kita selepas sebulan. Nampak semakin membesar buahnya. Agaknya buah kali ni dapat membesar lebih lagi dari yang musim lepas. Untuk pengetahuan semua , ini adalah buah kali kedua..sebelum ini buahnya agak kecil jika dibandingkan dengan buah anggur yang kita beli kat pasar.Rasanya pula agak manis jika ia cukup masak. Actually baru pindahkan pokok anggur ni dari rumah lama ke tempat baru, semasa sessi pemindahan akar pokok anggur ni telah keluar dari pasu..so waktu angkat pasu tu akarnya dah putus ..so takut pulak akan menjejaskan pembesaran buahnya..kita tunggu dan lihat macam mana nanti kay.
Thursday, November 5, 2015
Gugusan putik anggur
Inilah hasil dari bunga anggur yang berkembang hari tu.Gugusan putik anggur ni agak banyak jika nak dibandingkan dengan yang sebelum ni...Alhamdulillah perkembangan yang positif. So sekarang ni waktu untuk memupuk kasih sayang pada putik anggur ni hi..hi.. Yerlah nak tunggu dia masak ranum tu rasanya punyalah lama. Harap -harap kali ni buahnya menjadi besar dan manis . Insyaallah. .semuanya dengan izin Allah...
Friday, October 30, 2015
Bunga anggur berkembang
Tengok tu bunga anggur mula berkembang.. Sekarang ni tiap -tiap petang boleh dikatakn selalu hujan..Kita tengoklah apa kesudahan perkembangan bunga anggur ni samaada boleh bertukar menjadi putik anggur atau tak..Suspen jugak ...Yerlah takut-takut hujan lebat boleh menyebabkan bunga anggur tak lekat.
Monday, October 26, 2015
Pokok Apple Malaysia
Pagi ni kerjanya membelek -belek pokok Apple yang telah di tanam melalui biji . Kalau tak silap saya yang ini adalah pokok apple hijau yang dibeli di pasar malam. Sapa kata pokok apple tak boleh hidup dalam cuaca kat Malaysia ni. Ha !..sekarang dah boleh percaya. Cuma tak taulah boleh berbuah tak 😊😊. Janji boleh hidup. Di sebelah tepi tu saya cuba juga tunaskan biji pear. Dan berjaya hidup juga. Tapi pembesarannya agak lambat jika dibandingkan dengan cik apple hijau tu. Mayb kena transfer kat pasu lain sekarang.
Thursday, October 22, 2015
Pokok mulberi
Tu dia pokok mulberi yang sedang berbuah lebat. Buah mulberi ni kalau warnanya still merah rasanya masih masam. Tapi kalau bertukar menjadi warna purple pekat masa itulah rasanya makin manis. Actually pokok ni saya beli melalui pos .Alhamdulillah melalui keratan batang pokok mulberi senang sangat hidup. Jadi kalau sesiapa yang nak mencuba tanam pokok ni memang takkan ada masalah. Lagi satu pokok mulberi ni kalau nak dia berbuah lebat kena rajin -rajinlah mencantas dahannya.
Tuesday, October 20, 2015
Minggu Final Exam SJKC
Minggu ni adalah minggu final exam bagi dua beradik ni di sekolah Sjkc. Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Moga anak mama dapat menjawab dengan confident kay. Semoga semua ilmu yang dipelajari akan memberi manfaat yang besar untuk kehidupan masa akan datang. Sesungguhnya cabaran bersekolah di aliran Cina banyak mengajar mama dan papa tentang pengorbanan masa dan tenaga. Bak kata pepatah bersusah -susah dahulu bersenang-senang kemudian. Minggu depan 25 hb Pula minggu peperiksaan untuk Sekolah Agama di seluruh negeri Johor pula. Mama doakan moga anak -anak mama dapat menjawab dengan lancar. Insyaallah. ...
Labels:
Sekolah Aliran Cina
Location:
South East Asia
Sunday, October 18, 2015
Bunga Anggur
Pokok anggur mula mengeluarkan bunga..Nampaknya percubaan kali kedua prunning lebih banyak bunga anggur keluar jika dibandingkan sebelum ini. Harap -harap lekat lah bunganya hingga menjadi putik..
Subscribe to:
Comments (Atom)







